fb fb fb fb fb

Seorang maut, motosikal terbabas tercampak dalam longkang

Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth berada di lokasi kemalangan/RTM

BUTTERWORTH, 15 November - Seorang lelaki berusia 36 tahun MAUT selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke bahu jalan, sekitar pukul 4 pagi tadi.

Insiden berlaku di Kampung Siram, Butterworth itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang sedalam 2 meter.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth tiba di lokasi pada 4.15 pagi sebelum menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

"Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan kira-kira 29 minit kemudian," kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ