TUARAN, 15 November - Calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS) bagi kerusi N.15 Kiulu, Dusi Gingging, mengalami masalah kesihatan ketika proses penyerahan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon, Dewan Seri Sulaman, pagi tadi.
Beliau kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Tuaran untuk menerima rawatan lanjut.
Meskipun mengalami masalah kesihatan, Dusi sempat menyerahkan borang pencalonannya dan disahkan layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.