fb fb fb fb fb

Seorang maut, 3 cedera kemalangan di Jalan Pesisir Bintulu

Kemalangan membabitkan sebuah treler dengan kenderaan pacuan empat roda di hadapan stesen minyak Shell Samalaju, Jalan Persisir Bintulu - Miri

BINTULU, 12 November - Seorang lelaki warga Indonesia maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dengan kenderaan pacuan empat roda di hadapan stesen minyak Shell Samalaju, Jalan Persisir Bintulu - Miri petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 5.33 petang dan sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dikerahkan ke lokasi dengan sebuah jentera FRT.

Kenderaan pacuan empat roda berkenaan dinaiki dua lelaki iaitu Kelimen Jundie, 45 tahun, yang cedera, dan Ahmad Sucipto, warga Indonesia yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, pemandu treler, Johari Lamat, 44 tahun, cedera di bahagian kaki kiri, manakala kelindannya, Defri, warga Indonesia, mengalami kecederaan ringan.

Semua mangsa yang cedera menerima rawatan awal oleh pasukan perubatan di lokasi sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

ROSLINA BINTI DIN