fb fb fb fb fb

Seorang lelaki rentung, dua selamat kebakaran kedai perabot



KUALA LUMPUR, 21 Januari- Seorang lelaki ditemui rentung, manakala dua lagi selamat dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah kedai perabot di Kampung Cheras Baru, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataannya, menyebut pasukan itu menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada 2.42 pagi.

Susulan itu, 37 anggota dengan 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, Balai Bantuan BBP Bandar Tun Razak, BBP Sungai Besi serta BBP Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Tiga mangsa berusia lingkungan 50-an dan 60-an, dua mangsa dikeluarkan dengan selamat, manakala seorang pekerja ditemui Unit Anjing Pengesan (K9) dan disahkan rentung oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan.

Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan sebelah pada 3.30 pagi.

Punca kebakaran di kedai perabot berkenaan masih disiasat.

Media Baharu