fb fb fb fb fb

220 penagih di Kampung Pandan dicekup Polis Johor menerusi Op Tapis



JOHOR BAHRU, 21 Januari- 220 lelaki berumur 25 hingga 45 tahun, ditahan polis, kerana disyaki terlibat kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah, di Kampung Pandan, Johor Bahru, Johor, pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, tiga warga asing turut ditahan.

Menurutnya, Kampung Pandan, Johor Bahru merupakan salah satu daripada 12 kawasan panas yang dikenal pasti menjadi lubuk kegiatan penyalahgunaan dadah di Johor.

Serbuan menerusi Op Tapis itu melibatkan 38 pegawai dan 292 anggota yang dijalankan seluruh Johor, bertujuan membersihkan kawasan yang menjadi sarang penagih dan pengedar dadah.

"Insh-Allah kita akan bekerjasama dengan semua pihak yang berkaitan untuk membanteras dan membersihkan kawasan ini, terutama di Kampung Pandan ini, daripada dijadikan port atau pusat pengedaran atau pengagihan dadah," kata Kamarul.

Saringan COVID-19 dan HIV juga dijalankan keatas suspek sebelum dimasukkan ke dalam tahanan atau lokap.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, serta Langkah – Langkah Pencegahan Khas, dan Akta Racun 1952.

Media Baharu