fb fb fb fb fb

MOT teliti cadangan had laju 30km/j, 50km/j di zon terpilih



IPOH, 21 Januari-
Cadangan menetapkan had laju 30km/j di zon terpilih di ibu negara dan 50km/j bagi zon lain akan diteliti, mengambil kira kesesuaian pelaksanaannya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, perkara itu akan dipertimbangkan menerusi perbincangan bersama pelbagai pihak.

"Had laju bukanlah faktor kemalangan semata-mata, kerana terdapat faktor lain yang turut menyumbangkan kepada kemalangan di kawasan-kawasan bandar raya.

Pihak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) juga mengusulkan supaya kita dapat kurangkan kelajuan, yang dikatakan daripada 50km/j kepada 30km/j sudah pasti akan mendapat reaksi bercampur-campur," katanya selepas Majlis Pelancaran Tabung Derma MCA kepada Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini.

Pada Mei tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mencadangkan had laju 30 km/j bagi kawasan perumahan, bandar dan kampung sebagai sebahagian daripada perancangan keselamatan jalan raya kebangsaan untuk tahun 2021 hingga 2030.

Media Baharu