fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir di Sarawak dan Sabah


PETALING JAYA, 21 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Sarawak dan Sabah.

Ia dijangka berlaku hari ini sehingga hingga pukul 6.00 petang nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang) di Sarawak.

"Manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) hingga 6 petang; Jumaat, 21 Januari 2022.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Manakala amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," jelasnya.

Media Baharu