fb fb fb fb fb

Kedah catat RM57.1 bilion pelaburan, lepasi sasaran ditetapkan



ALOR SETAR, 21 Januari- Kedah mencatatkan jumlah pelaburan RM57.1 bilion bagi tempoh Januari sehingga September 2021.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor berkata, jumlah itu melepasi sasaran ditetapkan dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035 iaitu RM10 bilion setahun.

Jelasnya, pelaburan melibatkan semua sektor termasuk pembuatan, perkhidmatan dan primer.

"Kedah kini berada pada kedudukan teratas jika dibandingkan dengan semua negeri di seluruh Malaysia dan perkembangan ekonomi memberangsangkan," katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran hab e-dagang di Bukit Kayu Hitam dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara KT Express Logistics Sdn Bhd dengan Invest Kedah Berhad di sini.

Tambahnya, pelaburan bagi sektor pembuatan di Kedah yang telah diluluskan mencatatkan nilai sebanyak RM55.49 bilion secara keseluruhannya.

Beliau menjelaskan, pelabur dari luar negara menerusi FDI, mendominasi jumlah pelaburan negeri, sekaligus menggambarkan usaha dilakukan kerajaan negeri menerusi Invest Kedah Berhad berjaya memainkan peranan besar dalam menarik pelaburan.

Media Baharu