GURUN, 19 Oktober- Seorang lelaki berusia 18 tahun ditemukan mati lemas di air terjun dekat tapak kuari Gurun, Taman Seri Utama, Gurun, Kedah petang tadi.
Mangsa dipercayai mandi di kawasan itu bersama beberapa rakannya sebelum dilaporkan hilang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali, dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.02 petang tadi.
Sejurus menerima panggilan, enam anggotanya bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, mangsa ditemukan oleh pasukan bomba pada pukul 6.18 petang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.
Mohd Fauzi berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Beberapa tahun lepas, lima sekeluarga pernah mati lemas di kawasan sama.
Orang ramai dinasihatkan tidak mengunjungi kawasan berkenaan, kini diletakkan sebagai kawasan larangan.
(Foto Ihsan Bomba)