fb fb fb fb fb

Siaran Awesome TV digantung

KUALA LUMPUR, 19 Oktober- MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menggantung penyiaran saluran TV Awesome Broadcasting Sdn Bhd (Awesome TV) di platform berkenaan berkuatkuasa 2 November depan.

MYTV menerusi satu kenyataan memberitahu, keputusan itu dibuat berikutan isu komersial melibatkan pembayaran fi akses, meskipun pelbagai usaha diambil dari kedua-dua pihak, dalam mencari jalan penyelesaian.

"Penggantungan Awesome TV ini adalah amat dikesali dan MYTV memohon maaf kepada para penonton atas sebarang kesulitan disebabkan perkara tersebut.

"MYTV menghargai segala sokongan dan kerjasama daripada para penonton dan akan terus meningkatkan usaha dalam mencari penyelesaian terbaik demi kepentingan semua pihak," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun pihak MYTV kekal komited menawarkan saluran berkualiti tinggi dengan pelbagai kandungan menarik, pada masa akan datang.

(Tangkap layar kenyataan media MYTV)

Media Baharu