fb fb fb fb fb

Seorang anggota FRU dibenarkan keluar hospital, enam lagi masih dirawat

Foto- BERNAMA

TELUK INTAN, 17 Mei - Seorang anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam nahas di Teluk Intan Selasa lepas, telah dibenarkan keluar dari Hospital Teluk Intan (HTI), semalam.

Manakala enam lagi anggota masih menerima rawatan di hospital.

Pengarah Kesihatan Perak, Dr. Feisul Idzwan Mustapha memaklumkan, lima daripada mereka dirawat di HTI, termasuk empat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Seorang lagi ditempatkan di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

"Lima lagi pesakit sedang mendapatkan rawatan di Hospital Teluk Intan. Empat pesakit sedang ditempatkan di ICU, manakala seorang lagi di wad pembedahan. Anggota di wad pembedahan itu menunjukkan perkembangan yang baik dan mungkin boleh discaj dalam tempoh masa yang terdekat", katanya kepada pemberita di HTI.

Tambah beliau, anggota yang dirawat di ICU HRPB, kini telah sedar dan menunjukkan perkembangan positif meskipun mengalami kecederaan serius.

NUR SHARIDA SHAHABUDDIN