fb fb fb fb fb

Sijil Halal: Sentimen semua pihak perlu dijaga - PM

Foto BERNAMA

SEREMBAN, 8 September- Sentimen masyarakat Islam dan bukan Islam perlu dijaga, selain menggunakan pendekatan runding.

Itu maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menyatakan cadangan mewajibkan sijil halal akan menambah beban peniaga dan memalukan negara.

Jelas Anwar, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak sekiranya ia tidak mempunyai keperluan sebaliknya hanya menimbulkan kontroversi. 

"Jika tidak perlu kalau ia tak membantu, jernihkan keadaan.. kita kena jaga sentimen orang Islam dan bukan Islam.. cara runding perlu betul dan bukan mahu menunjukkan kehebatan masing-masing," katanya selepas merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah selatan).

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM