fb fb fb fb fb

Isu sijil halal akan diselesaikan cara baik - Fahmi

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 7 September- Kerajaan komited untuk menyelesaikan isu sijil halal yang mendapat pelbagai reaksi daripada pemimpin politik dengan cara baik.

Menteri Komunikasi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil memaklumkan perkara terbabit telah dibincangkan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar hari ini.

"Saya tidak mempunyai maklumat penuh dengan apa yang mereka katakan, tetapi insya-Allah perkara ini akan diuruskan.

"Pagi tadi di Istana Negara saya sempat bercakap dengan Menteri Hal Ehwal Agama dan memohon supaya beliau mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan untuk menjernihkan situasi," katanya.

Fahmi berkata demikian kepada media selepas merasmikan Karnival Hari-Hari Bola Piala Madani Lembah Pantai 2024 di Universiti Malaya di sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA