fb fb fb fb fb

Senarai timbalan menteri diumum malam ini

 (Datuk Seri Anwar ditemu bual selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru)

KUALA LUMPUR, 9 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara petang ini bagi mempersembah senarai nama timbalan menteri dalam kabinet kerajaan perpaduan.

"Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong petang ini dan insya-Allah pada 8.15 malam akan umumkan nama-nama timbalan menteri," kata Anwar kepada media selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru di sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 1.00 tengah hari disambut pentadbiran masjid dan para jemaah.

Khutbah disampaikan khatib bertugas, Imam Muhammad Syamim Mohd Hussin bertajuk Zakat Diperkasa, Asnaf Terbela manakala solat dipimpin Imam Azizi Ab Hamid.

Turut hadir Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ab Ghani.

(Datuk Seri Anwar ketika menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru/BERNAMA)

Media Baharu