fb fb fb fb fb

Indeks jenayah Melaka menurun sebanyak 1.69%

Foto Hiasan

BUKIT BERUANG, 9 Disember- Statistik indeks jenayah di Melaka bagi tempoh Januari hingga 8 Disember 2022, menunjukkan penurunan sebanyak 1.69% berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah berkata ia membabitkan sebanyak 1,218 kes pelbagai jenayah berbanding 1,239 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Tambah beliau, walaupun terdapat penurunan namun terdapat tiga kategori jenayah mencatatkan peningkatan iaitu jenayah membabitkan lain-lain kecurian, pecah rumah dan rogol.

"Kejayaan dalam penurunan indeks jenayah ini adalah kerana penglibatan semua pihak di pelbagai peringkat termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dalam merencana serta merancang tindakan pencegahan itu.

Ia meliputi sumbangan seluruh pegawai dan anggota," kata Zainol ketika ditemui selepas media pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini.

Penurunan kes indeks jenayah itu adalah susulan daripada penglibatan dan kerjasama semua pegawai dan anggota sama ada di peringkat negeri mahupun daerah.


(Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Abu Samah/BERNAMA)

Media Baharu