fb fb fb fb fb

Tangkapan kes edar dadah di Melaka meningkat

 (Zainol Samah berucap di Perhimpunan Bulanan IPK Melaka)

BUKIT BERUANG, 9 Disember- Tangkapan membabitkan kes pengedaran dadah di Melaka merekodkan peningkatan sebanyak 19.94 peratus bagi tempoh Januari hingga November tahun ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, penangkapan itu melibatkan seramai 746 orang bagi kes pengedaran dadah berbanding 622 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

"Kesemua penahanan itu melibatkan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, operasi di Pulau Melaka pada 22 November lalu merupakan antara kejayaan terbesar kontinjen itu dalam memerangi aktiviti pengedaran dadah.

Ujar beliau, dalam operasi itu, pihaknya berjaya merampas dadah jenis syabu dengan anggaran nilai lebih RM800,000.

(Zainol Samah)

Media Baharu