fb fb fb fb fb

Malaysia-Thailand tingkat kerjasama kawalan sempadan - KDN

PUTRAJAYA, 9 Disember- Malaysia akan meningkatkan kerjasama kawalan sempadan bersama Thailand susulan kejadian pengeboman yang berlaku di selatan negara itu baru-baru ini.

Komitmen itu dizahirkan kedua-dua negara dalam pertemuan tertutup Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan, pada semalam.

"Kerjasama ini bukan hanya semata-mata kerana insiden pengeboman tempoh hari, baik di Thailand dan Indonesia tetapi ini adalah komitmen berterusan antara kedua negara kerana hubungan diplomatik yang sangat akrab," kata Saifuddin dalam satu sidang media hari ini di Putrajaya.

Tambahnya, langkah susulan akan diambil melibatkan kedua-dua pasukan keselamatan negara.

Beliau juga turut menasihatkan rakyat Malaysia yang melancong ataupun berada di luar negara untuk sentiasa peka dengan keadaan semasa selain merencana perjalanan mereka sebaik mungkin.

Di samping itu, mereka diingatkan untuk tidak mendekati tempat-tempat bahaya dan menjauhkan diri dari lokasi berisiko yang boleh mengancam nyawa serta keselamatan diri.


(Foto Fail)

Media Baharu