fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pahang meningkat

TEMERLOH, 9 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang terus meningkat kepada 360 orang daripada 96 keluarga, setakat jam 4.00 petang tadi.

Jumlah itu bertambah, berbanding 248 penduduk daripada 77 keluarga, pada tengah hari tadi.


(Penduduk terjejas banjir di Pahang terus meningkat)

Menurut portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, kesemua mereka kini ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah terjejas.

Penduduk paling ramai dipindahkan ke PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh iaitu seramai 271 orang yang terdiri daripada 67 keluarga.

Di ikuti dua PPS di daerah Lipis, melibatkan 52 orang daripada 19 keluarga di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Kulit dan 22 orang daripada enam keluarga di Masjid Kampung Beletik.

Manakala, seramai 15 orang penduduk terjejas daripada empat keluarga kini ditempatkan di SK Sri Buntar, Bera.

Media Baharu