fb fb fb fb fb

Semua pihak perlu lebih bertanggungjawab keluarkan ucapan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 17 September- Semua pihak perlu lebih bertanggungjawab serta tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan ucapan yang boleh mencetus perbalahan, ketegangan dan kegelisahan dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokthar berkata, semua pemimpin perlu akur dan menghayati sepenuh hati akan titah Sultan Selangor supaya tidak memperalat agama bagi meraih sokongan. 

Beliau menerusi kenyataannya menyeru semua pemimpin agar akur dan menghayati sepenuh hati akan titah Sultan Selangor bahawa perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab oleh pemimpin politik perlu dihentikan demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini.

Katanya lagi, sebarang perkara dalam urusan agama khususnya dalam bidang akidah dan syariah perlulah diserah serta dirujuk kepada pihak berkuasa agama Islam negeri serta para ilmuan. 

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan seluruh agensi untuk memperkukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam melalui pelbagai usaha dan inisiatif termasuk memperkukuh peranan institusi masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah.


(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokthar)

Media Baharu