fb fb fb fb fb

Anggota JPJ cedera dirempuh ketika SJR

(Tangkap layar video tular memaparkan seorang anggota JPJ dirempuh penunggang motosikal ketika SJR)

KUALA LUMPUR, 17 September- Anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera selepas dirempuh seorang penunggang motosikal dalam operasi sekatan jalan raya (SJR) di kilometer 28 Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPHD) Hala Portd Dickson.

Dalam kenyataan media JPJ penunggan motosikal jenis yamaha Y125r telah mereumpuh penguatkuasa pada pukl 11 pagi ketika melakukan SJR.

Video tular berdurasi lima saat itu memaparkan anggota penguat kuasa JPJ tersebut terpelanting dan terhantuk di kepala selepas dilanggar penunggang motosikal yang dipercayai cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya.

Anggota tersebut mendapatkan rawatan di hospital Port Dickson tiada kecederaan serius berdasarkan imbasan x-ray.

JPJ menasihatkan supaya tidak melarikan diri atau bertindak di luar jangka ketika berhadapan dengan opersi SJR.

Loporan polis telah di buat dan penunggang tersebut diserahkan kepada Jabatan Siasatan Penguatkuasa JSPT IPD Port Dickson.

Kes bawah siasatan Seksyen 42(1) APJ 1987 bawah Seksyen 186 KK kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.


(Anggota JPJ yang dirempuh mengalami kecederaan)

Media Baharu