fb fb fb fb fb

Semua lampu isyarat jalan Kuala Pilah-Seremban ditutup 8-11 Julai, sempena Aidiladha

KUALA PILAH, 7 Julai- Bagi melancarkan lalu lintas sempena perayaan Aidiladha, semua lampu isyarat di Jalan Kuala Pilah- Seremban akan ditutup bermula esok sehingga 11 Julai ini. 

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Mohd Faizal Abdul Manap berkata, ia melibatkan laluan bermula dari persimpangan Ampang Tinggi hingga kawasan rehat Taman Rekreasi Ulu Bendul.

Penutupan lampu isyarat itu merupakan salah satu daripada strategi serta inisiatif pengurusan lalu lintas di daerah Kuala Pilah yang membabitkan laluan di sepanjang jalan berkenaan.

"Kita juga akan menutup persimpangan masuk di kawasan bandar Kuala Pilah tarikh yang sama juga kita akan tutup di persimpangan Balai Undang Johol, jalan Perpatih kedua, persimpangan jalan Dato Undang Johol dan jalan Dato Abd Manap dan seterusnya jalan Dato Undang Johol dan jalan Dato Ulu Muar kita akan tutup jika berlaku kesesakan teruk dalam kawasan bandar Kuala Pilah daN ketiga-tiga persimpangan ini berada di tengah bandar Kuala Pilah," katanya.


(Yang Dipertua MDKP, Mohd Faizal Abdul Manap)

Dalam pada itu, pihaknya menjangkakan kemasukan kira-kira 100,000 buah kenderaan melalui jalan Kuala Pilah - Seremban bagi perayaan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ia kerana daerah itu menjadi laluan utama untuk pengguna jalan raya yang ingin ke arah negeri-negeri Pantai Timur.


(GAMBAR FAIL)

Media Baharu