MELAKA, 7 Julai- Bekalan minyak masak di Melaka mencukupi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima aduan berkenaan pengurangan minyak masak di negeri itu.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya mematuhi arahan dengan membeli mengikut aturan yang ditetapkan.
"Jadi saya harap pada mereka penjual-penjual minyak masak berpaket ini dapat sama-sama kita jaga dan orang ramai janganlah beli terlampau banyak.
Kalau beli setakat satu atau dua kilogram setiap isi rumah, bagi saya cukuplah supaya semua rakyat dapat menikmatinya," katanya selepas program Bicara Ketua Menteri di MelakaFM.
(Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka)
Tambah beliau, pengusaha restoran juga diminta untuk bertoleransi dalam pembelian minyak masak paket.