fb fb fb fb fb

Semua kes jual sijil palsu babitkan vaksinasi berbayar kendalian swasta

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan telah memulakan siasatan ke atas beberapa premis pengamal perubatan swasta yang didakwa terlibat dengan penjualan sijil vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamluddin memaklumkan, hasil siasatan dan semakan oleh PDRM dan KKM setakat ini mendapati, kesemua kes yang dikesan melibatkan pelaksanaan vaksinasi berbayar yang dikendalikan oleh pihak swasta.

"Sebagai prosedur yang ditetapkan, semua proses pemberian vaksin yang dijalankan oleh PICK dan 'Private Purchase' perlu dilaporkan kepada KKM melalui sistem MyVAS bagi tujuan rekod dan pengeluaran sijil vaksinasi.

"Bagaimanapun, dalam insiden-insiden ini, apa yang berlaku adalah pengamal perubatan swasta yang terlibat telah memberikan laporan pemberian vaksinasi palsu kepada KKM. Buat masa ini siasatan masih dijalankan oleh pihak polis dan KKM akan memberi kerjasama sepenuhnya," kata Khairy.

Media Baharu