fb fb fb fb fb

Proses penilaian risiko dan SOP perjalanan umrah, dimuktamadkan pertengahan Februari ini - Khairy

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Proses penilaian risiko dan SOP perjalanan umrah, khusus bagi garis masa pembukaan semula perjalanan umrah, dijangka dimuktamadkan menjelang pertengahan bulan depan.

Kesepakatan itu dicapai dalam sesi libat urus antara KKM, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Persatuan Agensi Pelancongan
(Umrah) yang berlangsung semalam.

Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, antara isu lain yang dibangkitkan termasuk SOP berkaitan pelaksanaan perjalanan umrah, isu bayaran balik dan penjadualan semula penerbangan, perlindungan insurans dan bantuan pemulihan kepada industri pelancongan.

Menurutnya, kedua-dua kementerian juga menyatakan komitmen untuk memperinci dan memperhalusi setiap isu serta cadangan yang dikemukakan di peringkat
kementerian masing-masing sebelum membentangkan cadangan penambahbaikan kepada Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 akan datang.

Antaranya termasuklah proses saringan semasa ketibaan di Pintu Masuk Antarabangsa KLIA, pelaksanaan kuarantin sama ada di stesen-stesen kuarantin ataupun di kediaman dan juga peranan agensi pelancongan umrah sebelum, semasa dan selepas mengerjakan umrah," katanya.

Sehubungan itu, semua pemain industri dimohon memberi kerjasama sepenuhnya, bagi memastikan aktiviti umrah dapat terus dilaksanakan dengan selamat.

 

Media Baharu