fb fb fb fb fb

Semua agensi penyelamat diarah bantu mangsa banjir di Selangor - PM

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 11 November - Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta agensi penyelamat telah dikerahkan ke lokasi yang dilanda banjir di Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata agensi penyelamat membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

(FOTO HIASAN)

"Saya mengarahkan semua agensi yang terlibat termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberikan perhatian sepenuhnya untuk membantu semua Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir.

"Pastikan operasi menyelamat mangsa berjalan dengan lancar, stok makanan dan pengangkutan telah bersedia sepenuhnya," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Datuk Seri Ismail turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan bencana yang berlaku dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh agensi keselamatan.

"Sentiasa peka dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bagi membuat persediaan awal," katanya.

Media Baharu