fb fb fb fb fb

Semua agensi banjir diarah siap siaga hadapi monsun timur laut

PUTRAJAYA, 13 Disember- Beberapa persiapan dirangka untuk menghadapi hujan berterusan bermula 17 Disember ini di timur Semenanjung meliputi Kelantan dan Terengganu, pantai timur Sabah dan pantai barat Sarawak yang boleh menyebabkan banjir.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan semua agensi terlibat bersiap siaga menghadapi kemungkinan tersebut.

"Kesiapsiagaan temasuklah menggunakan template baharu dimana ramalan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan dijadikan panduan bagi mengaktifkan pusat pemindahan sementera (PPS) bagi mangsa-mangsa ini sebelum berlaku banjir di kawasan berkenaan.

"Kami pertama kalinya menjadikan badan sukarela untuk bersama-sama terlibat bagi mengurangkan beban dan menyelesaikan masalah banjir," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengurusan bencana di sini hari ini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mahu agensi pusat menyalurkan bantuan banjir sama rata kepada semua kerajaan negeri tanpa mengira negeri tersebut diperintah oleh pihak mana.

Monsun Timur laut dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan.

(Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu