fb fb fb fb fb

Negeri terkesan Monsun Timur Laut, diurus dengan baik

KUALA LUMPUR, 13 Disember - Semua negeri yang terkesan dengan Monsun Timur Laut (MTL) sejak awal bulan lalu, dapat diurus dengan baik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali berharap momentum ini akan berterusan memandangkan negara baharu sahaja melalui Luruan Monsun yang pertama daripada jangkaan enam episod luruan yang diramal Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) katanya telah menyelaras arahan agar semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Daerah memastikan kesiapsiagaan semua pihak berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Ini termasuk pengurusan jentera petugas, aset dan logistik.

(FOTO HIASAN)

Angkatan Pertahanan Awam (APM) merupakan sekretariat bagi kedua-dua jawatankuasa tersebut.

Data terperinci termasuk senarai nama penduduk yang memerlukan perhatian khusus seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan wanita mengandung sentiasa dikemas kini bagi membantu kelancaran proses pemindahan penduduk terjejas banjir.

Media Baharu