fb fb fb fb fb

IPCC mula berkuat kuasa Jun tahun depan

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 13 Disember - Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) akan dikuatkuasakan mulai Jun tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, mengenai tarikh penguatkuasaan akta itu.

(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

"Bersama-sama Datuk Wan Ahmad, kita sudah bincang dan ia akan berkuat kuasa pada Jun depan," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan serta menghadiri sesi taklimat dengan pengurusan kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini.

Pada Julai lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) IPCC 2020 untuk mempertingkat integriti pasukan PDRM, mengurangkan salah laku dalam kalangan anggotanya, serta meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pasukan polis.

IPCC memberi fokus kepada penubuhan suatu badan untuk melaksanakan siasatan, manakala tindakan dan hukuman tatatertib masih dikekalkan dengan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) mengikut peruntukan sedia ada dalam Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

Media Baharu