Semua 1,936 pelajar Malaysia di Asia Barat dilaporkan selamat

Foto RTM

BACHOK, 3 Mac – Kesemua 1,936 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di Asia Barat dilaporkan selamat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian memantau 1,936 pelajar Malaysia di Asia Barat secara berterusan demi keselamatan mereka.
  • Tiada pelajar dilaporkan terjejas setakat ini susulan ketegangan di rantau tersebut.
  • Kementerian bekerjasama dengan Kementerian Luar untuk memastikan keberadaan dan keselamatan pelajar.
  • Belum ada permohonan daripada pelajar untuk dibawa pulang ke tanah air setakat ini.

Ketika memaklumkan perkara itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan pelajar Malaysia di rantau berkenaan dari semasa ke semasa susulan ketegangan yang berlaku ketika ini.

“Setakat ini tiada pelajar yang dilaporkan terjejas. Bagaimanapun kita akan terus memantau situasi semasa dan bekerjasama dengan kementerian luar untuk memastikan keberadaan dan keselamatan pelajar di kawasan terlibat,” jelasnya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Mahabbah IPTA Kelantan@UMK 2026 di Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok hari ini.

Mengulas lanjut Datuk Seri Dr Zambry berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada pelajar Malaysia di rantau berkenaan untuk dibawa pulang ke tanah air.