fb fb fb fb fb

Sempadan negara pada tahap terbaik - Shamsul Anuar

PENGKALAN HULU, 8 Mei- Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan Program Lawatan Kerja Keselamatan Sempadan Malaysia-Thailand di Pengkalan Hulu, Perak, hari ini.

Objektif utama lawatan kerja itu adalah untuk memantau penugasan agensi-agensi di bawah KDN di sempadan dan pintu masuk negara yang diwartakan.

Datuk Seri Dr. Shamsul telah mengadakan tinjauan ke lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di bawah kawalan Balai Polis Air Panas dan Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Malaysia-Thailand bagi memastikan tahap kawalan keselamatan di sempadan negara berada pada tahap terbaik.


(Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah ditemui pemberita di Pengkalan Hulu, Perak)

Beliau berkata susulan daripada lawatan itu, beliau dapat melihat keseluruhan operasi di pintu masuk Malaysia-Thailand yang melibatkan kerjasama dan kolaborasi pelbagai agensi kerajaan di sempadan negara.

Katanya, beliau juga berpeluang untuk melihat tapak cadangan pembinaan ICQS Bukit Berapit yang baharu bagi menggantikan ICQS yang sedia ada dalam usaha menangani isu keselamatan dan memperketatkan kawalan keselamatan sempadan di PMA.

Cadangan pembinaan itu telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JKPKSN) Bil.1/2023 dan akan dimasukkan dalam permohonan bajet Rancangan Malaysia ke-13 (RMKe-13).

Media Baharu