fb fb fb fb fb

Sembilan pengauditan prestasi bernilai lebih RM10.749 bilion dilaksana

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Sebanyak sembilan pengauditan prestasi bernilai lebih RM10.749 bilion dilaksanakan membabitkan program, aktiviti dan projek di lapan Kementerian.

Menurut Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Majid, empat pengauditan bernilai RM5.368 bilion melibatkan kategori program dan lima lagi pengauditan bernilai RM5.381 bilion melibatkan kategori projek.

Daripada sembilan pengauditan tersebut, satu program telah mencapai objektif yang ditetapkan, empat projek tidak dapat diukur, dan empat lagi projek gagal mencapai objektif yang ditetapkan.

(Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Majid)

Selain itu, dua kes melibatkan pembayaran tidak teratur bernilai RM5.63 juta ringgit dan satu kes pembaziran bernilai RM18,315 turut dikesan.

"Juga pembayaran tidak teratur melibatkan projek Pusat Kawalan Trafik Udara baharu dan sistem berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight information Region sebanyak RM4.88 juta dan juga pengurusan program pengurusan pembasmian kemiskinan bandar sebanyak RM75,000 dan juga berlaku kehilangan dan kerugian wang awam sebanyak RM2.8 juta melibatkan projek Pusat Kawalan Trafik Udara dan sistem berkaitan bagi Kuala Lumpur Flight Information Region", katanya.

Tambah beliau, sebanyak 33 syor telah dikemukakan kepada kementerian, jabatan dan agensi terlibat.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas membentangkan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 Siri 1 di Parlimen.

Media Baharu