fb fb fb fb fb

Kes jenayah komersial di Negeri Sembilan meningkat

(Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berucap pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah
Komersial-Anti Scammer di Seremban, Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 3 Ogos - Jumlah keseluruhan kes jenayah komersial yang direkodkan di Negeri Sembilan meningkat sehingga Jun tahun ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid berkata, peningkatan itu berdasarkan kepada 1,510 kes bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 berbanding 1,299 kes bagi tempoh sepanjang 2021.

Ia termasuk statistik keseluruhan kes jenayah komersial yang merekodkan peningkatan sebanyak 60% sejak 10 tahun lalu dengan kes tertinggi bagi jenayah penipuan dalam talian.

"Dalam usaha mengekang peningkatan jumlah kes ini jabatan siasatan jenayah komersil telah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasaan pembanterasan dan pencegahan.

(Datuk Ruslan Khalid bersama artis terkenal, Datuk Awie pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah
Komersial-Anti Scammer di Seremban, Negeri Sembilan) 

"Malah atas rasa tanggungjawab memastikan kesejahteraan masyarakat dalam negara, jabatan ini telah pun melancarkan kempen pencegahan jenayah komersil dalam skala besar pda tahun 2021 dan telah berjaya beri kesedaran kepada masyarakat terhadap ancaman jenayah komersil terutama melibatkan kes jenayah penipuan dalam talian," kata beliau ketika berucap melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Komersial-Anti Scammer, di sini.

Kempen Pencegahan Jenayah Komersial 2022 dilancarkan pada 25 Jun lalu oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani di Johor Bharu.

Kempen jelajah itu melibatkan Wilayah Utara, Pantai Timur dan Selatan.

Media Baharu