fb fb fb fb fb

DPTN: Perkasa pendidikan, penyeragaman pengurusan tahfiz

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Kerajaan menerusi Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) akan memperkasa pendidikan dan penyeragaman pengurusan tahfiz di seluruh negara.

Ia menerusi lima teras utama iaitu undang-undang, model tahfiz, kurikulum yang menepati pendidikan arus perdana, tadbir urus yang berintegriti dan penyelarasan pengiktirafan tahfiz.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kabinet Bagi Kesejahteraan Golongan Rentan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.


(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kabinet bagi Kesejahteraan Golongan Rentan)

Ia turut dihadiri Menteri-Menteri, Timbalan-Timbalan Menteri berkaitan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Jabatan terlibat.

Sejak DPTN diperkenalkan pada tahun 2016 jumlah pusat tahfiz berdaftar telah meningkat daripada 571 buah kepada 1,208 buah pusat tahfiz pada tahun 2022.

Selain itu, Perdana Menteri juga mahu Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bekerjasama meneliti status tanah bagi mempermudahkan pusat jagaan dan pusat tahfiz untuk mendapatkan kelulusan beroperasi.

Contohnya, isu penukaran status tanah pertanian kepada tanah komersial bagi membolehkan pusat-pusat ini beroperasi secara sah.

Tambah kenyataan tersebut kerjasama bersepadu amat diperlukan bagi menjayakan agenda Keluarga Malaysia dalam memastikan kesejahteraan masyarakat terutamanya golongan rentan.

Media Baharu