fb fb fb fb fb

Sembilan daripada 22 projek PR1MA sakit berjaya dipulihkan setakat Julai

MELAKA TENGAH, 22 September - Sembilan daripada 22 projek Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di seluruh negara yang dikategorikan sebagai projek sakit atau bermasalah, berjaya dipulihkan setakat Julai lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata baki 13 lagi projek sakit meliputi 9,528 unit kediaman disasar siap hujung tahun depan.

Katanya, sembilan projek pulih merangkumi 6,406 unit kediaman kini dalam proses penyerahan kunci kepada pembeli.

(Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd
Nasir)

"Pihak kementerian kami menyasarkan dua projek ini iaitu untuk Melaka Tengah dan Klebang ini untuk selesai suku pertama tahun depan, lagi awal lagi bagus. Sasaran itu memang jelas untuk projek sakit di bawah PR1MA kita cuba selesaikan semua yang ini dalam tempoh dua tahun," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke tiga projek PR1MA yang dikategorikan projek sakit, di sini.

Tambah Akmal, tiga projek PR1MA iaitu projek Residensi Klebang Dua, projek Residensi Melaka Tengah Dua dan projek Residensi Bukit Katil dijangka siap sepenuhnya suku pertama tahun hadapan.

Media Baharu