fb fb fb fb fb

Amaran

PenggunaJ: :_load: Tidak dapat memuatkan pengguna dengan ID: 381

KPM peruntuk RM300,000 selenggara tiga SJKC dan SJKT di DUN Pelangai

PAHANG, 22 September - Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM300,000 kepada tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil untuk projek Penyelenggaraan Institusi Pendidikan (PIP) Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai tahun ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, peruntukan khas kepada ketiga-tiga sekolah terbabit untuk penyelenggaraan tandas, bilik darjah dan kemudahan lain.

Jelasnya, pelaksanaan projek infrastruktur itu perlu disiapkan dalam tempoh tiga bulan bermula daripada kelulusan projek kepada kontraktror.

“Dalam lawatan kerja ke SJK (C) Manchis, SJK (T) Ladang Renjok dan SJKC Telemong adalah bagi memantau pelaksanaan projek infrastruktur itu yang perlu disiapkan dalam tempoh tiga bulan daripada kelulusan projek kepada kontraktor.

“KPM akan memastikan bangunan sekolah, peralatan sekolah dan persekitarannya sentiasa selamat, selesa, bersih dan ceria, mewujudkan iklim fizikal sekolah yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di tiga buah sekolah iaitu SJK (C) Manchis, SJK (T)  Ladang Renjok dan SJKC Telemong, di Bentong, hari ini.

Hadir sama Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negeri Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Bilut Lee Chin Chen.

Dalam pada itu tegasnya, kementerian sentiasa komited terhadap isu-isu yang berlaku di sekolah antaranya  penyelenggaraan infrastruktur sekolah, yang secara langsung akan memberi kesan terhadap keselamatan dan keselesaan murid dan guru. 

Tambahnya, Kementerian Pendidikan memberi jaminan tidak akan meminggirkan kebajikan SBK dalam aspek bantuan penyelenggaraan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan Sumbangan Bantuan SBK Tahun 2021 dan Tatacara Pengurusan Sumbangan Bantuan SBK Tahun 2023.