fb fb fb fb fb

Semakan keputusan temu duga pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 dibuka petang ini

FOTO HIASAN

PUTRAJAYA, 8 Februari - Semua lepasan universiti bukan pendidikan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang telah ditemu duga pada 18 September hingga 9 November lepas boleh mula menyemak keputusan masing-masing melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bermula pukuln 5.30 petang ini.

SPP dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 6,315 calon telah berjaya dalam temu duga berkenaan dan layak dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) gred DG41 secara kontrak bagi mengisi sebahagian daripada keperluan PPP gred DG41 di semua sekolah bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di seluruh negara.

"Semua calon yang berjaya diingatkan untuk mengemukakan Borang Pemeriksaan Perubatan ke suruhanjaya itu dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tawaran, sebelum urusan penempatan dilaksanakan.

“Proses penempatan calon yang berjaya akan diuruskan oleh KPM,” menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya itu menasihatkan semua calon agar sentiasa merujuk portal e-Graduan KPM di https://egraduan.moe.gov.my/ dari semasa ke semasa bagi urusan kemaskini maklumat graduan serta penempatan.

SPP turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon yang berjaya.

TETITIA YUSOFF