KUALA LUMPUR, 8 Februari- Lebih 100 anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pegawai ditugaskan setiap hari bagi memastikan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Tahun Baharu Cina, dipatuhi.
Jelas Pengarah KPDN KL, Ariffin Samsudin, tiada aduan kenaikan harga diterima pihaknya, setakat ini.
"Kesemua premis yang kami pantau terdiri daripada 95 pasar raya melakukan urusan jual beli pada harga yang telah ditetapkan."
"Setiap hari kita ada lebih kurang 100 anggota penguat kuasa dan 75 orang pegawai pemantau harga yang akan menyelia pematuhan terhadap harga SHMMP," kata Ariffin kepada pemberita dalam operasi Pemeriksaan Standard Keselamatan Barang Mainan di ibu negara.
Tambahnya, tahap pematuhan peniaga juga berada di tahap yang baik.