fb fb fb fb fb

Semak maklumat sahih sebelum kongsi terutama berkaitan musibah, bencana

PUTRAJAYA, 16 Disember- Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil meminta orang ramai agar menyampaikan maklumat yang sahih terutama perkara melibatkan musibah dan bencana.

Menurut beliau, kementerian menerusi jabatan dan agensi bawahnya akan terus memastikan penyebaran berita palsu dikekang sebaiknya.

"Kita perlu beringat, saya dan kementerian akan bersedia memyampaikan bantuan serta apa sahaja yang diperlukan di saat-saat seperti ini.

Bantuan yang paling tepat adalah menyediakan berita yang benar dan sahih kerana dalam sekelip mata boleh disampaikan melalui aplikasi 'WhatsApp', media sosial dan sebagainya," katanya.

(Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital)

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali awal pagi tadi dalam Majlis Amanat Menteri Komunikasi dan Digital di sini.

Tambahnya, kaunter Jabatan Penerangan telah dibuka di pusat operasi bagi memudahkan pihak media mendapatkan maklumat yang sahih.

Ahmad Fahmi turut memaklumkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan beberapa menteri terlibat untuk segera ke lokasi kejadian.

Media Baharu