fb fb fb fb fb

Kuala Terengganu masih dilanda banjir, 37 penduduk terjejas

(Foto fail)

TERENGGANU, 16 Disember- Daerah Kuala Terengganu di sini masih dilanda banjir membabitkan 37 orang daripada 10 keluarga, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

Portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, kesemua penduduk terjejas itu ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol yang dibuka sejak 15 Disember lepas susulan hujan lebat.

"Angka penduduk terjejas itu kekal sejak pukul 12.00 tengah malam tadi," menurut NADMA.

Sementara itu, laman sesawang Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan stesen Sungai Tumpat di Kemaman melibatkan kawasan Kampung Baru Kemasik merekodkan trend menaik, pagi tadi.

"Setakat pukul 9.45 pagi, ia merekodkan paras air tahap amaran iaitu 1.99 meter (m), meningkat sebanyak 0.09 m," jelasnya.

(Foto fail)

Media Baharu