KUALA LUMPUR, 5 Mei – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bakal menerima peruntukan tambahan RM50 juta.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata inisiatif ini bertujuan mengekalkan kestabilan ekonomi negara dan melindungi kepentingan nasional dalam jangka pendek dan sederhana.
Selain respons terhadap tindakan balas tarif oleh Amerika Syarikat ke atas Malaysia.
“Bagi menyegerakan usaha penerokaan pasaran baharu, sukacita diumumkan Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM50 juta kepada MATRADE" katanya ketika menyampaikan penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan turut komited menarik kehadiran syarikat global dan tenaga mahir antarabangsa ke Malaysia, terutama dalam bidang strategik seperti teknologi kecerdasan buatan (AI).