fb fb fb fb fb

Luruan monsun, ombak boleh cecah ketinggian tiga hingga empat meter

KUALA NERUS, 16 Disember- Penduduk dan komuniti pantai di Terengganu diminta berwaspada sepanjang tempoh luruan monsun yang dijangka berlaku 17 hingga 22 Disember ini.

Ini kerana luruan monsun boleh menyebabkan ombak mencecah ketinggian tiga hingga empat meter berserta angin kencang.

Pengarah Pejabat Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria berkata ramalan menjangkakan tempoh luruan monsun kali ini lebih panjang berbanding sebelum ini.


(Foto BERNAMA)

"Sepanjang tempoh tersebut, angin kencang dan hujan berterusan boleh berlaku bergantung kepada kelembapan. Kelajuan angin dijangka memuncak pada 17 hingga 19 Disember sekaligus berisiko menyebabkan banjir di beberapa kawasan di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, sebarang perubahan cuaca akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa.

Media Baharu