fb fb fb fb fb

Seleweng dana 1MDB: SPRM masih siasat beberapa individu di Kuwait

KUALA LUMPUR, 4 September - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan beberapa individu di Kuwait.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi penguatkuasa Kuwait sejak dua tahun lepas.

"Ketika ini SPRM masih menunggu keterangan daripada pihak di Kuwait, yang dimohon menerusi Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dan perkara itu masih lagi dalam kajian pihak berkuasa di Kuwait,"

"SPRM sebagai antara peneraju utama dalam usaha pemulihan aset menitikberatkan tindakan mendapat kembali aset dan wang yang hilang hasil penyelewengan 1MDB serta beberapa syarikat lain yang terbabit,” menurut kenyataan itu.

Katanya, setiap tindakan diteruskan dengan kerjasama agensi penguat kuasa luar negara membabitkan aliran wang yang amat kompleks dan rumit.

"Sejak dua tahun lalu, SPRM sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Agensi Penguatkuasa Kuwait.

Menurut kenyataan itu lagi, setiap tindakan dengan kerjasama agensi penguatkuasa luar negara melibatkan aliran wang amat kompleks dan rumit.

Selain itu, Pejabat Peguam Negara telah menolak sepenuhnya tawaran penyelesaian ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, kepada kerajaan Malaysia pada 16 Julai lalu.

Susulan itu, SPRM berharap semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum serta boleh menjejaskan siasatan.

Media Baharu