fb fb fb fb fb

Penglibatan kerajaan negeri dalam JAKM beri impak positif

ALOR SETAR, 4 September- Kerjasama dan penglibatan kerajaan negeri Kedah dalam program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia JAKM memberi impak kepada usaha pembangunan Pelan Pembangunan Kedah 2035 .

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato Norizan Khazali berkata ia selaras dengan perkembangan ekonomi digital, yang menuju ke arah ‘cashless’ atau bayaran hasil tanpa tunai sepenuhnya.


(Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Dato Norizan Khazali)

Katanya dapat memberikan pendedahan kepada penduduk Kedah 2 buah reruai disediakan kepada pengunjung yang hadir ke JAKM.

"Ini mudahan rakyat negeri kedah supaya berurusan kita sediakan di sini di setiap pejabat daerah tanah dan kita beri pengajaran baru kepada masyarakat supaya tidak membawa tunai yang banyak," katanya kepada media selepas meninjau reruai SUK di JAKM Kedah di perkarangan stadium Alor Setar di sini.

Pengunjung akan diberi penerangan mengenai system iBAYAQ yang mula dilaksanakan pada Ogos 2020 dan mendapat sambutan yang positif kerana pembayar cukai tidak lagi perlu berurusan di kaunter pejabat tanah.

Dari segi aspek pelan pembangunan Kedah 2035 2025 Kedah, katanya menjadikan Kedah sebagai tempat rakyat yang boleh hidup sejahtera dan rakyat akan suka hidup di Kedah selaras dengan Kedah Sejahtera Negara maju.

Media Baharu