fb fb fb fb fb

Program jualan ikan murah LKIM akan diperluaskan

BUKIT GANTANG, 4 September- Program jualan ikan murah yang dilaksanakan di Parlimen Bukit Gantang sejak awal tahun ini akan diperluaskan ke kawasan lain mengikut permintaan setempat.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata setakat ini parlimen yang telah melaksanakan program tersebut adalah Masjid Tanah, Bandar Tun Razak, Sepang dan Tasek Gelugor.


(Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal)

Selain ikan, beliau turut merancang untuk melaksanakan pendekatan tersebut kepada penjualan ayam dalam usaha meringankan beban rakyat.

"Model ini saya akan perluaskan jika ada permintaan, jika tiada permintaan saya tidak boleh buat sebab orang yang meminta ini dia kena aturkan tempat dia, tempat dia kena maklumkan kepada penduduk sekitar, kalau saya pergi ke tempat itu tiada penduduk sekitar hendak beli, tiada jualan, tiada jualan ikan segar yang kita bawa balik akan rosak, jadi kita nak ikan segar yang kita bawa pergi habis, dengan harga yang murah maka mereka mampu beli ikan itu akan habis, tidak mahu ada pulangan, pulangan kita tidak boleh hendak kendalikanya," katanya selepas menghadiri Majlis Jasamu Dikenang 2.0 dan Pelancaran Buku di Dewan Terbuka Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang di sini

Bagi setiap kilogram ikan, harga ditawarkan menerusi program tersebut adalah bawah RM10 jauh lebih murah daripada harga pasaran.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan sehingga kini LKIM masih belum membeli ikan untuk dibuat simpanan bagi menghadapi musim tengkujuh.

Pembelian itu bagaimanapun, dijangka dibuat sebelum penghujung tahun ini.

Media Baharu