PUTRAJAYA, 4 September- Kursus Kor Kadet Mahasiswa Sukarelawan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Kor SUAR) akan diperluas di Institut Pengajian Tinggi (IPT) lain.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata inisitif itu susulan permintaan daripada beberapa universiti terbabit.
Jelas beliau, setakat ini kursus tersebut hanya ditawarkan di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza).
"Kursus KOR SUAR ini akan diperluas ke universiti-universiti lain dah ada banyak permintaan dan kita telah buat libat urus dan modul dan sedang dilakukan dengan dua tiga buah universiti pada masa akan datang.
"Jadi mereka boleh menjadi duta bila masuk ke lapangan kerja akan datang tidak semestinya mereka yang ada melalui Kor siswazah ni akan menjadi pegawai SPRM tetapi boleh juga bantu diri dia sendiri dan masyarakat,"katanya.
KOR SUAR yang diperkenalkan pada 2021 lalu, merupakan inisiatif berani SPRM selaras usaha pencegahan rasuah diperigkat IPT.
Beliau berkata demikian di Sesi Wawancara Khas bersama mediadi Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.