fb fb fb fb fb

Selangor punyai bilangan penduduk tertinggi dalam negara

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Bilangan penduduk Malaysia terkini berjumlah 32.4 juta orang berbanding bilangan penduduk dunia 7.8 bilion orang.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, Selangor adalah negeri yang mempunyai jumlah penduduk tertinggi iaitu 7 juta orang manakala terendah, Wilayah Persekutuan Labuan 95,100 orang.

Melalui hantaran Facebook, beliau memaklumkan, penduduk tempatan tertua kebanyakan di Perak sebanyak 8.9% manakala penduduk muda paling ramai di Putrajaya sejumlah 38%.

Beliau turut menyatakan jumlah penduduk tertinggi di dunia adalah China, 1.4 billion orang manakala terendah adalah Vatican City 801 orang.

Fakta penduduk Malaysia dan dunia / FB DrUzir Mahidin

Datuk Seri Dr. Mohd Uzir berkongsi fakta penduduk Malaysia dan dunia sempena Hari Penduduk Sedunia yang disambut setiap tahun, hari ini.

Tahun ini, tema sambutan Hari Penduduk Sedunia adalah "Dunia 8 Bilion: Ke Arah Masa Depan Berdaya Tahan - Memanfaatkan Peluang dan Memastikan Hak dan Pilihan untuk Semua".

Media Baharu