fb fb fb fb fb

Empat sekeluarga maut kereta bertembung lori treler

SARATOK, 11 Julai- Empat sekeluarga maut dalam nahas jalan raya berhampiran Simpang Roban, Jalan Saratok-Sarikei kira-kira pukul 7.00 pagi tadi.

Nahas melibatkan sebuah kereta dan lori treler.

Maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menyatakan, mangsa yang maut ialah seorang lelaki berusia 30 tahun, isterinya berusia 28 tahun serta dua anak lelaki mereka masing-masing berusia empat dan satu tahun tiga bulan.

Kemalangan menyebabkan keempat-empat mangsa tersepit dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

(Keadaan kereta mangsa yang remuk teruk selepas bertembung dengan sebuah lori treler)

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Saratok berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit dan mayat telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pemandu lori treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Media Baharu