KUALA LUMPUR, 24 Mac – Selangor melancarkan inisiatif kecerdasan buatan (AI) tiga tahun, Teraju AI Selangor, dengan kerjasama Google Cloud Malaysia bagi memperkasa sistem pentadbiran negeri.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, usaha tersebut akan membantu agensi kerajaan negeri membangunkan serta melaksanakan penyelesaian AI yang canggih demi manfaat masyarakat.
"Menerusi AI Selangor, ketepatan dan kesahihan data dijamin serta mempunyai autoriti yang sahih. Ini memastikan maklumat yang lengkap dan dapat mengelakkan kesilapan seperti fail mesej, fail alert, atau penyebaran berita palsu," katanya.
Fasa pertama projek bernilai RM5 juta ini melibatkan 10 agensi kerajaan, termasuk Dewan Negeri Selangor.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Teraju AI Selangor yang berlangsung di pejabat Google Malaysia, hari ini.