fb fb fb fb fb

Selangor lancar Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari melancarkan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024-2026 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam/Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 1 Jun - Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024 hingga 2026 telah dilancarkan kerajaan negeri Selangor dalam usaha meningkatkan keupayaan dan sumbangan wanita di negeri itu.

Bertemakan “Wanita Maju, Selangor Makmur”,dasar berkenaan diperkenalkan bagi mereaslisasikan aspirasi Selangor sebagai negeri pintar, berdaya huni dan makmur.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapannya berkata pelan tindakan itu mempunyai tujuh matlamat utama yang dirangka demi memperkasakan peranan wanita sebagai pembuat keputusan selain menitikberatkan kesejahteraan golongan berkenaan di negeri itu.

Antara matlamat yang digariskan, menggalakkan kerangka pembangunan sensitif gender, meningkatkan status sosioekonomi dan autonomi wanita yang terpinggir dan mempercepatkan penyertaan.

Selain itu, perwakilan dan pembuatan keputusan dalam kehidupan awam dan politik dalam kalangan wanita serta memupuk bakat kreatif, budaya, digitalisasi dan Inovasi turut digariskan dalam pelan tindakan itu.

Beliau berkata demikian merasmikan Dasar dan Pelan Tindakan Wanita Selangor 2024 hingga 2026 di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD