fb fb fb fb fb

TNB catat untung bersih RM715.70 juta suku pertama tahun ini

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM715.70 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024.

Angka itu susut 28.6 peratus daripada RM1 bilion yang direkod tahun lepas.

Penurunan itu berikutan kerugian terjemahan pertukaran asing dan perbelanjaan cukai yang diiktiraf bagi suku itu.

Hasil meningkat kepada RM13.64 bilion mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.

Lonjakan permintaan sebanyak 9.9 peratus didorong terutamanya oleh sektor komersial dan domestik.

Melangkah ke hadapan, TNB menjangkakan prestasi yang stabil pada tahun ini berikutan ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara empat hingga lima peratus.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE